.
Disclamer



Diaries The Disclamer Links


widgeting.

Put any widget

Credits

Template: Mayjaa Mayza
Basecodes: Yaya
Others: Your Link Blog.


Dikongkong


Pernah rasa dikongkong? 


Pendapat aku dikongkong ni sakit--sakit dimana banyak benda yang aku nak buat dihalang oleh ramai pihak. Aku tertanya-tanya apa salahnya tindakan aku, aku tahu bukan semua boleh terima tapi belajar menerima tu kan mulia. I mean benda yang baik/bagus lah bukan benda yang bukan2. Tapi some people terlalu mengongkong aku. Aku rimas. Sakit. Tak tahan. Rasa geli dengan habit diorang. Fikir logic--aku ada hak untuk buat keputusan. 15. Apa itu cukup matang? Bagi aku ye. Matang untuk berfikir dan membuat keputusan. Kenapa ramai sangat tak percaya. Aku sedih dengan cara pemikiran orang zaman sekarang. Mereka masih berfikir aku hanya seorang budak hingusan yang mahukan kebebasan. Bukan itu yang aku mahukan. KENAPA KEBEBASAN YANG DIPERKATAKAN? Aku tak faham. Aku cuma mahukan masa untuk bersendirian dan menangis semahu mungkin. Wishlist aku "tergantung" layu. Mampukah aku tunaikan semua sebelum semuanya berakhir? Kadang2 aku dongak langit dan berfikir...kenapa perlu mengongkong? Biarkan apa yang semua mahu jadi kenyataan. Apa itu susah? Aku cuma ingin mereka faham. Faham apa yang aku rasa bila dikongkong. Pedih. Aku dah tak tahan. Itu dan ini tidak boleh. "Hah remaja" itu yang dewasa gelakkan. Katanya kami tidak tahu apa2 melainkan berfoya. Adakah semua benda dimata mereka cuma berfoya? Dewasa---dulu juga seorang remaja yang memberontak dan mahukan segala yang diinginkan jadi kenyataan. Sama seperti aku. Kenapa mereka tidak menyokong? Kenapa terus mengongkong dan berpandang rendah terhadap pandangan dan pemikiran remaja?

xx-- 


My first post


No idea.
Itu alasan aku kenapa stop ber-blogging.
Boleh terima? 

Aku delete semua post sebab semua tu kenangan yang korang dah baca sampai muak. Aku cuba buat entri baru tanpa rasa malu nak luahkan apa aku rasa tapi.....annoying gila lah! Feelings memang shitty habis kali ni. Rasa semua entri kena delete sampai entri kali ni pun menyampah2 nak post. 2014. Apa yang menarik? Bagi aku semua sucks. Tanpa sebab. Aku tak tahu. Aku benci 2014. Tapi ada jugaklah perasaan suka tu. Tapi tak banyak. Banyak sangat benda "jahat" terjadi lately. And guess what aku yang tanggung sorang2. Penat. Nak mengeluh pun rasa serba salah sebab tak nak usaha. Entah lah. Tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terpendam dalam hati ni. Keluarga. Kawan. Semua tak "sebulu" dengan aku. Apa yang terus bersama aku adalah social media. Aku luahkan semua yang dekat situ. Ketidakpuasaan. Remaja tak lari dari perasaan ni. Perasaan benci yang tiba2 je muncul dan perasaan tidak puas hati dengan semua benda. Kau pernah rasa? Perasaan yang boleh bunuh semua hidup remaja kau.

Mulai sekarang, mungki entri emosional aku je yang korang boleh baca. Aku bukan penulis terkenal. Aku juga bukan fynn jamal yang bijak berkata-kata. Aku cuma aku. 15 yang tak matang dimata dewasa. Sediakah kau nak baca semua entri ketidakpuasaan hati aku?

xx--