
|
Disclamer widgeting. Credits
| Dikongkong
Pernah rasa dikongkong?
Pendapat aku dikongkong ni sakit--sakit dimana banyak benda yang aku nak buat dihalang oleh ramai pihak. Aku tertanya-tanya apa salahnya tindakan aku, aku tahu bukan semua boleh terima tapi belajar menerima tu kan mulia. I mean benda yang baik/bagus lah bukan benda yang bukan2. Tapi some people terlalu mengongkong aku. Aku rimas. Sakit. Tak tahan. Rasa geli dengan habit diorang. Fikir logic--aku ada hak untuk buat keputusan. 15. Apa itu cukup matang? Bagi aku ye. Matang untuk berfikir dan membuat keputusan. Kenapa ramai sangat tak percaya. Aku sedih dengan cara pemikiran orang zaman sekarang. Mereka masih berfikir aku hanya seorang budak hingusan yang mahukan kebebasan. Bukan itu yang aku mahukan. KENAPA KEBEBASAN YANG DIPERKATAKAN? Aku tak faham. Aku cuma mahukan masa untuk bersendirian dan menangis semahu mungkin. Wishlist aku "tergantung" layu. Mampukah aku tunaikan semua sebelum semuanya berakhir? Kadang2 aku dongak langit dan berfikir...kenapa perlu mengongkong? Biarkan apa yang semua mahu jadi kenyataan. Apa itu susah? Aku cuma ingin mereka faham. Faham apa yang aku rasa bila dikongkong. Pedih. Aku dah tak tahan. Itu dan ini tidak boleh. "Hah remaja" itu yang dewasa gelakkan. Katanya kami tidak tahu apa2 melainkan berfoya. Adakah semua benda dimata mereka cuma berfoya? Dewasa---dulu juga seorang remaja yang memberontak dan mahukan segala yang diinginkan jadi kenyataan. Sama seperti aku. Kenapa mereka tidak menyokong? Kenapa terus mengongkong dan berpandang rendah terhadap pandangan dan pemikiran remaja?
xx--
|